Produk Shaklee

VitaminE Complex

VitaminE Complex Shaklee

Keistimewaan VitaminE Complex Shaklee
Diformulasi daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina

Manfaat Utama VitaminE Complex

  • Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat; melindingi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif– Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Anti-oksidan yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1, 200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelestarian Tenaga– Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
  • Menghalang Keguguran – Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
  • Memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.

Adakah Anda Mengambil VitaminE dengan Cukup?

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1 kg biji gandum, 500 ml minyak safflower, 8 kg bayam, 500 g badam.

Vitamin E (alpha, beta, gamma, delta) adalah vitamin E terlengkap di pasaran

 

Adakah Vitamin E Selamat?

Di dalam buku “Prescription For Longevity” yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E.

Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3, 200IU.

Cadangan pengambilan

Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan)
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Berminat memiliki VitaminE Complex ini? Hubungi saya, Nafisah Pengedar Shaklee sah di 013-6935160 untuk order dan konsutasi penggunaan yang tepat.

Atau

Dapatkan sendiri melalui sistem Esell. Klik di bawah.

promo_vivix

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares