Produk Shaklee,  vitamin shaklee

Tips Cepat Hamil Selepas Keguguran Anak Pertama

Tips Cepat Hamil selepas keguguran

Topik kali ini sinonim dengan bakal pengantin dan mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Bagi wanita yang keguguran usah khuatir, tips cepat hamil selepas keguguran ini boleh membantu. Adalah sangat baik sekiranya pasangan yang baru berkahwin juga perlu  mengetahui tips berguna ini.

Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata penyeri hidup mereka. Tapi kadang-kadang kita terlupa, yang Allah tidak menjanjikan hasil dari setiap perkahwinan itu akan hadirnya cahaya mata. Sebagai Muslim, kita diajar untuk berusaha dan bersangka baik kepadaNya.

Pernah satu ketika saya dikata begini,

“Harapkan muka je cantik tapi tak boleh beranak buat ape” sambil mencebek.

Apa respon anda jika berada di tempat saya?

Saya hanya mampu tersenyum. Manusia begini mungkin cetik pemahaman agamanya. Jika dilayan, saya pun sama tarafnya seperti dia. Sabarlah hati. Saya berkahwin pada usia 27 tahun. Boleh dikatakan agak lewat lah juga. Selepas hampir 3 tahun berkahwin masih juga tidak hamil. Saya dan suami mula berfikir di mana silapnya?

Punca Masalah Lambat Hamil

1. Kahwin lambat

Faktor usia mempengaruhi kesuburan seseorang wanita. Ada wanita yang putus haid pada usia pertengahan 40an. Ibu saya sendiri berkahwin pada usia 16 tahun. Tidak dinafikan juga ada nenek yang masih mampu melahirkan anak secara normal pada usia yang agak tua! Masyaallah! Saya melihat sendiri makcik ini ketika sama-sama menunggu masa bersalin. Jika dinilai secara fizikalnya, makcik ni nampak lebih sihat dari wanita hamil lain yang lebih muda.

Tak salah untuk hamil pada usia lewat. Saidatina Khadijah melahirkan 7 orang cahaya mata untuk Rasulluah pada usia 40an. Siti Nurhaliza pun hamil pada usia 38 tahun setelah puas berikhtiar dan berusaha! Alhamdulillah. Tapi ingat, pastikan kesihatan anda pada tahap yang optimum, tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis, tidak merokok dan mengambil minuman beralkohol.

2. Stress dalaman dan luaran

Soalan yang sama ditanya berkali-kali setiap kali pulang ke kampung bertemu saudara mara juga membuatkan seseorang itu rasa tertekan dan hilang keyakinan diri. Kadang-kala malas nak balik kampung dan suka mengelak atau menjauhkan diri dari orang.

Bagi yang bekerjaya, timbunan kerja yang selambak membuatkan anda rasa kepenatan dan tertekan sebab kalau tak siap kena marah pula dengan boss. Keadaan ini saya lalui ketika sedang menyiapkan paper dan thesis master. Asal tersalah format walaupun sedikit akan dimarahi atau paling kurang diperli oleh supervisor.

Stress yang berlebihan perlu dikawal kerana ia boleh mengganggu hormon dan membawa kepada masalah haid tidak teratur. Ini secara tidak langsung menjejaskan tahap kesuburan seseorang yang sedang berusaha untuk cepat hamil. Dalam otak terdapat kelenjar hypothalamus yang berfungsi mengawal emosi, selera terhadap makanan dan mengeluarkan hormon FSH dan LH yang akan merangsang pengeluaran ovum dari ovari. Oleh kerana fungsinya saling berhubung, gangguan emosi akan mempengaruhi pengeluaran hormon FSH dan LH. Ini akan menentukan seseorang akan mengalami ovulasi atau sebalinya pada masa satu-satu masa.

3. Gaya hidup yang tidak sihat

Ramai yang mengadu masalah lambat hamil tapi bila dilihat cara pemakanan dan gaya hidup mereka yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan diri sangat memberi kesan kepada tahap kesuburan mereka. Pengambilan makanan yang tidak seimbang, kerap makan fast food, tidak mengamalkan aktiviti bersukan atau bersenam dan sudah pasti tidak mengamalkan pengambilan suplimen kesihatan.

4. Cepat berputus asa

Jangan cepat berputus asa sekiranya sudah mencuba sesuatu tetapi masih gagal hamil. Bagi yang keguguran hamil kali pertama, anda memang agak terkesan dengan kehilangan zuriat yang di nantikan. Usah bersedih, minta pendapat dan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Mungkin mereka pernah menghadapi masalah yang sama dengan anda dan boleh membantu dengan berkongsi tips dan usaha yang telah mereka lakukan. Ikhtiarlah tanpa rasa jemu kerana anda akan merasa manisnya di penghujung usaha. Yang penting anda perlu ketahui tips cepat hamil selepas keguguran ini.

Tips Cepat Hamil

1. Ketahui waktu subur 

Tips Cepat Hamil

Adalah sangat penting untuk wanita yang telah berkahwin mengetahui dan mencatat tarikh dan tempoh haid mereka setiap bulan. Ini bagi memudahkan anda membuat kiraan dan anggaran waktu subur yang terbaik. Kebarangkalian untuk anda hamil adalah tinggi pada waktu tersebut. Mencatat tarikh haid anda juga membantu doktor untuk mengetahui sejarah atau trend kitaran haid anda. Jadi sediakan kalender khas peribadi anda. Sekiranya anda mengalami Masalah Haid Tidak Teratur,kenal pasti sebab haid tidak lancar dan dapatkan penyelesaian terbaik.

2. Hindari stres

Tips Cepat Hamil

Tidak perlu terlalu stres bila anda masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata. Bertenang dan nikmati hidup bersama orang yang tersayang. Anda bukan menghadapi masalah ini berseorangan. Berkomunikasi dengan baik bersama teman hidup anda dengan berbincang mencari jalan penyelesaian dan ikhtiar terbaik yang perlu anda dan pasangan lakukan. Mungkin anda boleh memelihara binatang peliharaan yang boleh membantu anda menghilangkan stres.

3. Amalkan gaya hidup sihat

Tips Cepat Hamil

Antara tips cepat hamil lain ialah membiasakan diri mengambil makanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu anda setiap hari. Ketahuilah bahawa peningkatan atau penurunan berat badan secara mendadak memberi kesan kepada tahap kesuburan anda. Sekiranya anda sibuk bekerja, peruntukan paling kurang 2 jam seminggu masa untuk anda beriadah atau menghadiri mana-mana kelas aerobic. Percayalah, aktiviti fizikal sambil berkenalan dengan kawan baru yang  lakukan ini dapat membantu anda merasa lebih bertenaga, sihat, tidak lesu, lebih fokus, lebih berkeyakinan dan menghilangkan stres.

4. Jangan pernah berputus asa

Jangan pernah berputus asa kerana rahmat tuhan itu luas. Ketahui punca masaalah anda yang sebenar. Pelajari tips cepat hamil daripada sumber yang diyakini. Andainya masalah anda berpunca dari masalah haid yang tidak teratur dan tidak serius,  adalah disarankan anda mengamalkan pengambilan suplimen untuk kesuburan iaitu GLA-complex Shaklee bersama set asas kesihatan Shaklee (multivitamin Vitalea, B-complex dan Vitamin C). Pasangan anda pula disyorkan untuk mengambil Vitamin E bagi menghasilkan sperma yang berkualiti. Ikuti kisah saya sendiri, ikhtiar hamil menggunakan produk Shaklee.

5. Panjatkan doa

Tips Cepat Hamil

Mengadulah masalah anda dari tuhan dan mohonlah pertolongan daripadaNya kerana Dia adalah sebaik-baik tempat kita mengadu. Beramal lah denga doa-doa mohon zuriat yang baik dari ayat al-quran ini.

Doa 1

Allah SWT berfirman:

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصّٰلِحِينَ
robbi hab lii minash-shoolihiin

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
(QS. As-Saffat 37: Ayat 100)

Doa 2

Allah SWT berfirman:

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُۥ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
hunaalika da’aa zakariyyaa robbah, qoola robbi hab lii mil ladungka zurriyyatan thoyyibah, innaka samii’ud-du’aaa`

“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(QS. Ali ‘Imran 3: Ayat 38)

Doa 3

Allah SWT berfirman:

وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادٰى رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِينَ
wa zakariyyaaa iz naadaa robbahuu robbi laa tazarnii fardaw wa anta khoirul-waarisiin

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”
(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 89)

Doa 4

Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوٰجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
wallaziina yaquuluuna robbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa zurriyyaatinaa qurrota a’yuniw waj’alnaa lil-muttaqiina imaamaa

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(QS. Al-Furqan 25: Ayat 74)

 

Berminat memiliki suplimen kesuburan Shaklee? Hubungi saya, Nafisah di 013-6935160 Pengedar Shaklee Sah anda untuk order dan konsultasi yang tepat dan cara penggunaan yang betul berdasarkan masalah anda.

Atau

Anda boleh beli sendiri  melalui sistem esell. Klik di bawah.

promo_vivix

 

Ikuti Artikel Berkaitan Dengan Kesuburan Wanita:

Masalah Haid Tidak Teratur dan Cara Mengatasinya

GLA Complex

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares