punca kerap jatuh sakit dan lambat sembuh
Kesihatan

Punca Kerap Jatuh Sakit dan Lambat Sembuh

Satu-satunya perkara yang menjadi penghalang antara anda dan sesuatu penyakit biasa seperti selesema ataupun yang lebih serius seperti kanser, atau jangkitan virus seperti SARS, ialah sistem imun yang kuat.  Jadi penyebab utama punca kerap jatuh sakit dan lambat sembuh adalah disebabkan kurangnya sistem imun anda.

 

Saya bawakan satu senario mudah, apabila sesuatu virus menyerang para pelajar dalam satu bilik darjah, mengapakah hanya separuh sahaja jatuh sakit dan yang separuh lagi masih sihat? Jawabnya, bukan kerana virus itu sendiri, tetapi kekuatan sistem imun ataupun dengan kata lain, mereka memiliki “penentang” yang lebih kuat!

 

Keadaan akan menjadi lebih membimbangkan bila wabak seperti HFMD menyerang bayi dan kanak-kanak di taska, tadika dan pusat asuhan yang mana anak-anak kecil memiliki imuniti badan yang rendah. Hanya mereka  yang memiliki imun badan yang  kuat sahaja tidak dijangkiti penyakit ini.

 

Secara ringkas, sistem imun menggabungkan seluruh gerak balas badan terhadap penyakit. Sistem imun anda sentiasa tercari-caridan menggeledah badan untuk menangkap apa jua yang dianggap “bukan diri”. Apa sahaja “bukan diri” dianggap sebagai penceroboh dan akan dimusnahkan. Bukan diri lazimnya ialah bakteria, virus, sel kanser, fungus atau lain-lain mikroorganisma.

 

Jika sesuatu agen pembawa penyakit atau sel yang tidak normal dapat menewaskan atau mengatasi mekanisma pertahanan badan, maka jangkitan akan berlaku. Contoh yang terkini ialah virus SARS. Kadar kematian orang yang dijangkiti virus ini, yang menyebabkan pneumonia (radang paru-paru) teruk,adalah tinggi dikalangan kanak-kanak, orang tua dan mereka sistem imunnya terjejas.

 

Ini termasuk mereka yang mengalami ketegangan (stres), diet yang tidak sempurna, dan mereka yang telah pun mempunyai kesihatan yang tidak memuaskan, seperti mereka yang menghidapi penyakit jantung. Bagi mereka ini, sistem imun badan telah pun menjadi lemah dan lembap dalam mengatur barisan pertahanan badan untuk menentang virus SARS yang agresif. Buat masa ini tidak ada vaksin untuk SARS manakala antibiotik tidak memberi kesan terhadap virus ini.

 

Pendek kata, setiap penyakit baik yang serius mahupun yang biasa, akhirnya menjadi suatu penyakit yang mencerminkan kegagalan sistem imun. Dari peringkat pengenalpastian ke amaran awal sehingga ke pertempuran habis-habisan, sistem imun merupakan halangan utama kita terhadap sebarang penyakit. Lambat sembuh apabila diserang sesuatu penyakit adalah bergantung kepada kekuatan sistem imun anda.

 

Sistem imun yang berkuasa tinggi boleh dicapai dengan mengubah diet anda dengan memakan beberapa vitamin dan mineral pada tahap sedikit melebihi Nilai Harian (DV-daily value). Mari saya kongsikan beberapa nutrien yang boleh meningkatkan sistem ini dan mampu memberikan kita tindakbalas penyembuhan yang lebih tangkas terhadap jangkitan berbahaya dan yang tidak begitu berbahaya.

 

Kajian demi kajian menunjukkan bahawa kuasa sistem imun dapat dipertingkatkan dengan mengambil multivitamin yang menyeluruh.

 

Kuasa Protein– protein diperbuat daripada blok-blok binaan yang dikenali sebagai asid amino. Terdapat 8 asid amino perlu. Ia dikatakan “perlu” kerana daripadanya badan anda boleh mencipta semua asid amino yang lain. Jika anda kekurangan hanya satu sahaja asid amino perlu, ini akan mengurangkan sistem pertahanan imun anda sehingga 30%. Bekalan protein yang tidak mencukupi menyebabkan kita kerap jatuh sakit dan lambat sembuh.

 

Vitamin C-menjadi penolong yang hebat kerana  ia membantu menghalang kesan-kesan penindasan imun daripada berbagai hormon stres yang dikeluarkan oleh adrenal.

 

Vitamin E-meningkatkan dengan ketaranya keupayaan badan untuk mengeluarkan antibodi yang berkuasa.

 

Zink dan keimunan- Kekurangan zink yang teruk telah dibuktikan sebagai penyebab kepada pertahanan imun badan yang tidak normal. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sekiranya zink tidak terdapat dalam kuantiti yang diperlukan, maka pengeluaran sel pejuang dalam sistem imun akan berkurangan dan tindakbalas imun menjadi lemah.

 

Paras zink yang rendah lazimnya dijumpai dalam kanser paru-paru dan kanser prostat. Ini dihubungkaitkan dengan sistem imun dan kemerosotannya apabila paras zink menjadi rendah.

 

Jangan biarkan masalah kerap jatuh sakit dan lambat sembuh mengganggu aktiviti harian anda. Dapatkan bekalan vitamin dan mineral semulajadi yang terbukti berkesan dengan ujian klinikal dengan Hubungi saya,  Nafisah di 013-6935160 Pengedar Shaklee sah anda bagi mendapatkan diskaun 20% (berdasarkan terma dan syarat).

 

COD Bandar Puncak Alam. POS ke seluruh Malaysia.

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Kuatkan Sistem Imun Cegah Daripada Jangkitan

Cara Untuk Kekal Cergas dan Proaktif Sepanjang Hari

Punca Sakit Jantung dan Mati Mengejut

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares