Tips

Perkembangan Tulang Bayi Dalam Kandungan

Perkembangan tulang bayi dalam kandungan

 

Tahniah di atas kehamilan anda! Sekarang anda bukan makan untuk seorang tetapi dua! Jom ikuti Perkembangan Tulang Bayi Sepanjang 9 Bulan Kehamilan.

 

Berikan khasiat kepada diri anda dengan nutrien yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Ini termasuk mempunyai kalsium yang mencukupi untuk perkembangan bayi anda dari sel yang kecil sehingga kepada saiz bayi yang normal di akhir kehamilan.

 

perkembangan tulang bayi dalam kandungan

 

Berikut adalah singkatan tentang perkembangan tulang bayi yang menakjubkan sepanjang kehamilan anda.

 

1 bulan

Ini Permulaan Saya. Tulang mula tumbuh.

 

2 bulan

Saya Mempunyai Struktur Tulang.

Tulang selangka, tulang belakang, tengkorak kepala mula terbentuk, diikuti oleh tunas tangan dan kaki.

 

3 bulan

Saya Mempunyai Jari Tangan dan Kaki!

Pada minggu ke-13, sendi lengan dan kaki bayi serta jari tangan dan kaki terbentuk.

 

4 bulan

Ibu, Saya Perlukan Kalsium!

Tulang mula mengeras, semakin kuat dan memanjang. Proses ini memerlukan sejumlah besar kalsium dari ibu untuk membina 300+ tulang yang membentuk rangka bayi. Saranan Pengambilan Nutrien Harian Malaysia (RNI) untuk kalsium semasa kehamilan adalah kira-kira 1000mg setiap hari.

 

5 & 6 bulan

Saya Mula Menggerakkan Anggota Badan!

Bayi semakin aktif dari hari ke hari. Menjelang minggu ke 18, anda boleh merasakan pergerakan bayi apabila bayi menggerakkan anggota badannya. Menjelang minggu ke-20, anda boleh melihat tulang bayi anda melalui ultrabunyi.

 

7 & 8 bulan

Saya Mengubah Rawan kepada Tulang.

Rawan bayi berubah kepada tulang dalam 2 bulan ini, jadi banyak kalsium diperlukan.

 

9 bulan

Ibu, Saya Sudah Bersedia!

Pada minggu 36, puncak pemindahan kalsium. Walaupun kalsium yang mencukupi dipindahkan ke bayi, tulang bayi anda tetap lembut untuk membolehkan kelahiran dan pertumbuhan apabila bayi dilahirkan.

 

Bayi yang baru lahir

Saya Terus Membesar!

Apabila bayi anda membesar, tulangnya turut membesar. Teruskan pengambilan kalsium untuk anda dan bayi semasa tempoh penyusuan. Biarkan bayi anda meneruskan pengambilan kalsium yang secukupnya sepanjang umur persekolahan dan seterusnya untuk mendapatkan tulang sihat sepanjang hayat.

 

 

Bayi anda memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membina lebih daripada 300 tulang semasa kehamilan. Sekiranya bayi tidak mendapat kalsium daripada diet ibu, bayi akan mendapatkannya daripada tulang Ibu, menyebabkan osteoporosis pada peringkat umur Ibu yang selanjutnya. Oleh itu, tambahkan semula simpanan kalsium anda dan pastikan tulang anda sihat untuk perkembangan tulang bayi dalam kandungan.

 

 

Dapatkan suplimen kalsium  atau set hamil semulajadi Shaklee bagi membantu proses kehamilan anda. Keterangan lanjut dan cara penggunaan yang tepat, Hubungi saya,  Nafisah di 013-6935160 Pengedar Shaklee sah anda bagi mendapatkan diskaun 20%. COD Bandar Puncak Alam. POS ke seluruh Malaysia.

Atau

Anda boleh beli sendiri  melalui sistem esell. Klik di bawah

youth

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berkaitan:

Tiada Alahan dan Cergas Bertenaga Ketika Hamil Dengan SetHamil Shaklee

Bacaan Hb Pembawa Thalasemia Jenis Beta Meningkat Dengan Set Hamil Shaklee 

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares