Tips

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Pada Bayi dan Kanak-Kanak: Punca dan Cara Merawat Dengan Betul

Penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-HFMD3

Perkongsian kali ini berkaitan dengan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada bayi dan kanak-kanak. Turut dibincangkan adalah punca dan cara merawat dengan betul.

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau dikenali sebagai hand, foot and mouth disease adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus. Dua jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

Umumnya sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka iaitu ulser di mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.

Penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-HFMD2

Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.

Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau melepuh pada kulit atau ulser pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.

Tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD):

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Ulser pada tekak mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel pada tangan, kaki dan kawasan diaper

Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus penyebab penyakit ini boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit.

Virus HFMD akan tersebar daripada pesakit kepada pesakit lain (khususnya kanak-kanak) melalui:

  • Batuk atau bersin
  • Hubungan rapat contohnya bermain
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sedu, garfu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas

 

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu ia mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit tangan kaki dan mulut.

Enterovirus boleh hidup beberapa hari atas permukaan dalam suhu bilik. EV71 adalah virus tanpa selaput, maka ianya amat sukar untuk dimusnahkan oleh suhu persekitaran biasa. Kajian menunjukkan virus EV71 di atas permukaan plastik yang didedahkan kepada persekitaran panas dan lembap masih berupaya menyebabkan penyakit dalam masa 3 hari.

enterovirus71

Rawatan penyakit HFMD ini adalah berdasarkan tanda dan gejala yang berlaku. Ujian makmal biasanya tidak diperlukan. Tiada ubatan atau rawatan khusus untuk membunuh virus penyakit ini.

Rawatan diberi bagi mengurangkan suhu badan akibat demam dan kesakitan pada mulut sahaja. Amat penting kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut ini diberi minuman secara berterusan untuk mengelakkan dehidrasi.

Jangkitan penyakit ini selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan ianya akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 7-10 hari apabila ketahanan atau imuniti tubuh terbentuk.

Namun begitu, segelintir pesakit HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

 

Adalah amat disarankan agar kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki dan mulut ini diberi makanan tambahan agar komplikasi yang teruk tidak berlaku. Antara produk yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Nutriferon Membantu Meningkatkan Imuniti Tubuh 

Nutriferon  dihasilkan oleh seorang pakar immunology yang membuat kajian selama 40 tahun. Formula nutriferon mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

 

rawatan_ hfmd_dengan_nutriferon_Shaklee

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari melawan virus HFMD– Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofa.

Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

Merangsang pengeluaran makrofag– untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Jesteru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

Mengurangkan infeksi– memerangi virus bagi mengurangkan infeksi dan meminimunkan ketidakselesaan, seperti, kembung perut, rasa mual.

Meringankan kelesuan– meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan dan kelesuan.

2. Herbal Blend- membantu merawat lepuhan dan kegatalan pada kulit akibat lepuhan HFMD tanpa meninggalkan parut.

rawatan_HFMD_dengan_herbal_blend_multi_purpose_cream

 

3. Performance Drink –Minuman electrolit dan tidak berkarbonat. Ia membekalkan tenaga dan meningkatkan daya ketahanan fizikal pesakit HFMD dengan cara mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh serta memberikan tenaga pada otot dan sel dengan cepat. Penting bagi mencegah dehidrasi.

performance_drink_shaklee

 

4. Meal Shakes adalah multivitamin lengkap dalam bentuk serbuk dan mengandungi kandungan protein yang tinggi bagi memperbaiki sel-sel rosak. Ia juga meningkatkan selera makan dan memcukupkan nutrisi pesakit HFMD yang lesu dan tidak bertenaga.

rawatan_HFMD_dengan_mealshake_shaklee

5. Basic H organic super cleaning- menghalang jangkitan HFMD dari terus merebak. Cara sanitasi paling murah dan berkesan menggunakan larutan Basic H.

Cegah_basic-h_organic_cleansing_shaklee

 

Komplikasi penyakit tangan, kaki dan mulut:

  • Dehydrasi: Ia selalu berlaku kepada kanak-kanak kerana mereka akan menolak untuk minum ketika menghadapi penyakit ini. Ia disebabkan ulser yang teruk di dalam mulut.
  • Meningoencephalitis: Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya.
  • Myocarditis: keradangan pada otot jantung.
  • Mempunyai masalah penglihatan ataupun buta. Ia disebabkanjangkitan kuman ini membentuk parut pada macula di bahagian retina mata.

Apabila penyakit ini membawa kesan kepada otak ataupun jantung, kanak-kanak yang dijangkiti biasanya akan menunjukkan gejala HFMD berikut:

  • Sakit kepala, pening dan ketegangan pada leher
  • Perasaan cepat marah,mengantuk dan menjadi keliru
  • Sawan atau pergerakan tidak normal
  • Pernafasan cepat atau menjadi pucat
  • Lesu

Ibu bapa atau penjaga pesakit perlulah sentiasa memantau anak-anak yang mengalami HFMD bagi mendapatkan rawatan segera. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai tanda-tanda begini, ianya perlu dimasukkan ke hospital.

 

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jika anak mempunyai tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut ini, ibu bapa boleh memastikan kanak-kanak lain tidak dijangkiti dengan melakukan beberapa langkah pencegahan mudah seperti berikut:

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten dengan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk atau bersin
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak
  • Ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka
  • Ajar anak-anak untuk mengamalkan kebersihan yang baik
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, taman permainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda penyakit HFMD ini
  • Memastikan lampin pakai buang dibuang dalam tong sampah yang bertutup

 

Individu yang pernah mendapat penyakit HFMD boleh mengalaminya semula kerana penyakit tangan kaki dan mulut ini disebabkan oleh pelbagai virus di dalam kumpulan enterovirus.  Jangkitan kedua boleh jadi disebabkan oleh virus yang berbeza.

Wanita hamil berisiko dijangkiti HFMD seperti orang dewasa lain. Sehingga kini, tiada kajian menunjukkan kesan kepada bayi dalam kandungan. Namun, sekiranya ibu mendapat jangkitan HFMD sekitar minggu terakhir mengandung dan kelahiran, terdapat risiko anak yang dilahirkan akan mendapat jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut.

 

Sehingga kini tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah penyakit HFMD. Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  • Kerap cuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit atau barangan yang digunakan pesakit
  • Elakkan sentuhan langsung dengan pesakit
  • Elakkan dari berkongsi peralatan makanan dan barangan peribadi dengan pesakit
  • Jangan menyentuh bahagian tubuh seperti mata, hidung dan mulut selepas menyentuh pesakit
  • Pastikan kebersihan persekitaran rumahatau tempat kerja terjaga dengan mencuci atau menyahkuman permukaan lantai dan tandas

 

Dapatkan keterangan lanjut dan cara penggunaan yang tepat, hubungi saya,  Nafisah di 013-6935160 Pengedar Shaklee sah anda.

Atau

Anda boleh beli sendiri  melalui sistem esell. Klik di bawah.

promo_vivix

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares