Masalah Haid Tidak Teratur dan Cara Mengatasinya
Produk Shaklee,  Tips

Masalah Haid Tidak Teratur dan Cara Mengatasinya

Masalah haid tidak teratur sering dialami oleh wanita yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin dan telah mempunyai cahaya mata. Bagi yang belum berkahwin masalah haid tidak lancar ini agak merunsingkan dan mengganggu rutin harian mereka. Mengenalpasti punca haid tidak teratur dan pilihan cara rawatannya yang tepat boleh membantu mengatasi masalah haid tidak datang atau haid datang terlalu awal dari masa yang sepatutnya dari berpanjangan.

 

Seorang sahabat saya ketika sama-sama belajar mengalami masalah haid yang agak serius kerana terpaksa bercuti berhari-hari setiap kali datang haid. Beliau sangat risau kerana setiap kali tidak hadir ke kuliah atau lab, bukti yang mengatakan beliau tidak sihat perlu diajukan kepada pensyarah.

 

Saya mengalami masalah ini dari remaja hingga lah sudah berkahwin. Bezanya cuma saya hanya mengalami senggugut yang teruk hingga terpaksa “bed rest” beberapa kali sahaja dalam setahun gara-gara masalah haid tidak teratur ini.

 

Persolannya, larat kah anda sekiranya berada dalam situasi sahabat saya ini menyediakan surat “medical leave” setiap bulan? Dah la tu, bukan sehari dua tetapi seminggu cutinya? Masalah yang sama juga dihadapi oleh wanita yang bekerjaya. Kerap cuti boleh menimbulkan prasangka negatif majikan terhadap mereka. Kan besar impaknya masalah haid tidak teratur ini kepada diri. Haid tidak teratur menjejaskan rutin harian dan prestasi kerja. Hidup boleh jadi huru-hara bila sampai masanya setiap bulan.

 

Punca Haid Tidak Teratur

Situasi haid tidak datang untuk satu jangka masa yang agak lama sering berlaku kepada ibu yang menyusui anak secara esklusif. Mengikut pengalaman, saya tidak datang haid selama mana saya masih menyusukan anak sepenuhnya. Bila bayi berhenti menyusu badan, secara automatik seminggu selepas itu haid saya akan datang seperti biasa.

 

Haid tidak datang selalunya disebabkan oleh kehamilan. Bagi yang belum berkahwin, anda perlu mengambil berat masalah haid tidak teratur ini dan mencari cara mengatasinya yang betul. Sekiranya anda baru berkahwin dan didapati haid masih tidak datang, ada mungkin hamil. Jika tidak, jangan bersedih. Mungkin anda mengalami  masalah haid tidak teratur yang berpunca daripada faktor-faktor berikut;

 

  1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.
  2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.
  3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.
  4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.
  5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.
  6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.
  7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.
  8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.
  9. Penggunaan dadah terlarang.
  10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).

 

Kesemua faktor yang menyebabkan haid tidak teratur ini sememangnya mempengaruhi hormon seseorang wanita. Keadaan hormon yang tunggang langgang menyebabkan emosi tidak stabil, asyik rasa nak marah dan mudah sentap. Sekejap mood happy, sekejap sedih. Diri sendiri pun susah nak kawal perasaan yang dialami. Keadaan ini memang sangat mengganggu aktiviti harian lebih-lebih lagi sewaktu berada di tempat kerja dan ketika bersama keluarga tersayang.

 

Tips Cara Mengatasi dan Merawat Haid Tidak Teratur

Bagi anda yang tiada masalah serius, tips di bawah mungkin dapat membantu:

  1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.
  2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.
  3. Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.
  4. Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.
  5. Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.
  6. Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) – GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

 

GLA Complex Shaklee Membantu Melancarkan Haid

Kebanyakkan GLA dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Setiap kapsul mengandungi lebih 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Cara mengatasi masalah haid tidak teratur

Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

 

Melambatkan menopaus – Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan kemurungan. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, menjadikan kulit lebih muda.

 

Manfaat sampingan GLA-complex Shaklee 

Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

 

Memperbaiki inflamasi kulit – Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis.

 

Menghalang kompilasi diabetes – Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasahamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah tinggi.

 

Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan – Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cabtik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper

 

Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuab darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi mengelak masalh jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

 

Kesan Haid Tidak Teratur

Haid tidak teratur boleh memberikan kesan kepada kesihatan kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita untuk jangka panjang.  Antara akibat daripada period tidak teratur ini ialah:

 

Kemandulan – Period tidak stabil boleh jadi tanda kepada masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

 

Ketidaksuburan dan susah hamil – Masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

 

Masalah kesihatan seperti anemia – Haid tidak teratur dan berpanjangan menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan seseorang akan mudah lesu, lemah, tidak bermaya dan mudah pitam.

 

Ada banyak lagi kesan akibat masalah irregular period ini. Sebaiknya bertindaklah daripada awal sebelum keadaan jadi lebih teruk. GLA Complex adalah supplement terbaik yang dapat membantu memperbaiki masalah haid tidak teratur.

 

Walaupun masalah ini dipandang tidak serius, sebaiknya cegah sebelum parah. Ikhtiar dengan pengambilan suplimen kesihatan terlebih dahulu daripada terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan dikemudian hari. Semoga dengan bantuan supplement ini, membantu anda menjadi lebih produktif, sihat, ceria dan bahagia.

 

 

Berminat memiliki suplimen bagi mengatasi masalah haid? Untuk order dan konsultasi yang tepat berdasarkan masalah anda, hubungi saya, Nafisah Pengedar Shaklee yang sah di 013-6935160.

Atau

Anda boleh beli sendiri  melalui sistem esell. Klik di bawah.

promo_vivix

 

 

Ikuti Artikel Berkaitan Dengan Kesuburan Wanita:

Tips Cepat Hamil Selepas Keguguran Anak Pertama

 

Sharing is caring!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares