Manfaat luar biasa zink kepada tubuh
Produk Shaklee

Manfaat Luar Biasa Zink Buat Anda Terkejut

Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Tidak kira apa juga gelarannya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat luar biasa untuk kesihatan yang membuatkan anda terkejut bila mengetahuinya.

 

Meningkatkan Kesihatan Imun

Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan. Memendekkan tempoh selesema  serta memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka berfungsi secara optimum.

 

Rambut Kuat dan Berkilau

Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum. Zink menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat. Selain itu, zink memberi manfaat dengan meningkatkan pertumbuhan rambut.

 

Kulit Cantik dan Berseri

Manfaat luar biasa zink yang lain adalah memiliki sifat anti keradangan di mana zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat. Zink membantu merawat jerawat dan melegakan radang kulit untuk kulit yang sihat berseri.

 

Permulaan Sihat, Keluarga Sihat

Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita. Ini merupakan manfaat luar biasa zink yang membuat anda terkejut.

Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal, untuk membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penempelan.

Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.

 

Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

Hipokampus adalah pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink tertinggi.  Pengambilan zink yang cukup meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap serta melindungi saraf dan tisu otak.

 

Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda. Sekiranya anda seorang yang gemar bersukan, zink membantu meningkatkan prestasi sukan anda sekaligus menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.

 

Mempercepatkan Penyembuhan Luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka di mana zink mengekalkan keutuhan dan struktur kulit dan menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka. Zink juga memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.

 

Berikut saya titipkan juga bahan bukti dari sumber penyelidikan mengenai manfaat luar biasa zink yang perlu anda ketahui.

1. Prasad, A. S. (2008). Zinc in human health: effect of zinc on immune cells. Molecular medicine, 14(5-6), 353.

2. Michaelsson, G., Juhlin, L., & Vahlquist, A. (1977). Effects of oral zinc and vitamin A in acne. Archives of dermatology, 113(1), 31-36.

3. Zhao, J., Dong, X., Hu, X., Long, Z et al. (2016) Zinc levels in seminal plasma and their correlation with male infertility: A systematic review and meta-analysis. Sci. Rep. 6, 22386; doi: 10.1038/srep22386

4. Kumar V, Kumar A, Singh SK, Tripathi SK, Kumar D, et al. (2016). Zinc Deficiency and Its Effect on the Brain: An Update. Int J Mol Genet and Gene Ther, 1(1).

5. Sallit, J. (2012). Rationale for zinc supplementation in older adults with wounds. Annals of Long-Term Care: Clinical Care and Aging, 20(1):39-41.

 

 

Cuba teliti diri anda. Mungkin masalah harian yang anda hadapi adalah disebabkan oleh kekurangan zink. Mengapa perlu berbelanja besar andai solusi terhadap masalah anda boleh dicapai hanya dengan mengamalkan pengambilan Zink.

 

Mahal?

Zink Plus Shaklee  diformulasi dari bahan semulajadi. Sebotol hanya Rm56 yang mengandungi 120 biji.

 

Nak dapatkan harga yang lebih murah? Hubungi saya, Nafisah Musa Pengedar Shaklee sah anda untuk order dan konsultansi yang tepat berdasarkan masalah anda. Saya guide anda sampai yakin!

Atau

Anda boleh beli sendiri dengan Klik pada E-sell di bawah

youth

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berkaitan:

Kekurangan Zink Menjejaskan Kualiti Lelaki Sebenar

Zink Keperluan Lelaki Sejati

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares