Produk Shaklee

CoQtrol Plus Shaklee

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

 

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

 

Keistimewaan CoQTrol Plus

CoQTrol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

 

Berapa Banyak CoQ10 yang Anda Perlukan?

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia.

 

Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. Mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilannya dalam badan sebanyak 40%!

 

MANFAAT PENGAMBILAN COENZYME Q10

 

1. Kekal Bertenaga dengan CoQ₁₀
CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum.

  • Penjana Tenaga Terbaik
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Menyokong gaya hidup aktif anda
  • Memastikan anda bertenaga sepanjang hari

 

kekal bertenaga dengan CoQtrol Plus

 

Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga?

Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10).

 

Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam1. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.

 

2. Nutrien Untuk Jantung Sihat

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat – Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak omega-3.

 

CoQtrol Plus nutrient untuk jantung sihat

 

Koenzim Q10

Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung  dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

 

Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

 

Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung.

Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

 

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!

 

3. Manfaat Menakjubkan CoQ10 kepada Kulit

Kecantikan itu tidak kekal. Oleh kerana itu, kita tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam, dengan harapan dapat menghapuskan tanda-tanda penuaan. Jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik anda dengan nutrien yang tepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10).

 

Miliki Kulit Gebu Dan Lembut Dengan CoQtrol plus

 

Jumlah antioksida ini adalah tinggi di dalam epidermis dan ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi.1 Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan suplemen CoQ10 sangat digalakkan.

*Produk mendapat pensijilan HALAL dan dan diiktiraf oleh KKM

 

Dapatkan CoQTrol Plus Shaklee dengan Hubungi saya, atau whatsapp Nafisah Pengedar Shaklee sah di 013-6935160 untuk order, diskaun, promosi dan konsultansi cara pengambilan yang berkesan.

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Punca Sakit Jantung dan Mati Mengejut

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares