Cara Untuk Kekal Cergas dan Proaktif Sepanjang Hari
Produk Shaklee,  Tips

Cara Untuk Kekal Cergas dan Proaktif Sepanjang Hari

Selalu tak alami keadaan di mana anda merasa letih dan lesu seolah-olah tiada “mood” untuk memulakan hari dengan bersemangat? Ini adalah salah satu petanda yang menunjukkan anda perlu mengubah cara hidup seharian.

 

Kesihatan badan yang tidak optimum bukan saja mengganggu rutin harian malah mengakibatkan memberi kesan pada emosi dan mental. Usah biarkan masalah kesihatan anda berterusan. Di sini saya kongsikan Cara Untuk Kekal Cergas dan Proaktif Sepanjang Hari.

 

1. Pemakanan Yang Sihat

Memakan buah-buahan dan sayuran secara kerap boleh membersihkan usus kita dan merendahkan risiko untuk jatuh sakit.

Serat dalam sayuran buahan akan membersihkan dinding usus dan toksin dari dalam badan. Paling penting jangan lupa sarapan setiap pagi supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari.

 

2. Elakkan Minuman Berkafein dan Berkabonat

Kebanyakan kita suka mengambil minuman berkafein untuk sarapan kan?Sebenarnya kafein boleh mengganggu penghadaman dan penyerapan zat penting dari makanan.Ini menyebabkan badan kita menjadi lesu dan letih.

 

Dalam satu kajian,minum teh dan makan secara serentak menghilangkan zat besi sebanyak 89%. Jadi anda boleh lah berhenti meminum air yang mengandungi kafein ataupun sekurang-kurangnya cuba kurangkan.

 

Minuman berkabonat pula mempunyai kandungan gula yang tinggi. Kalori yang berlebihan menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Ia juga memberi kesan yang memudaratkan untuk jangka masa panjang seperti obesiti. Berat  badan berlebihan ini meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

 

3. Bersenam

Sekurang-kurangnya kita perlu bersenam seminggu sekali. Banyak manfaat yang anda akan dapat dengan bersenam.Antaranya ialah dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan, mengurangkan paras tekanan,mengawal tekanan darah dan banyak lagi.

 

4. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang berkualiti penting untuk memastikan tubuh kita cukup rehat. Bila tubuh kita cukup rehat,kita akan segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian keesokan harinya.

 

Kurang tidur boleh menyebabkan anda kurang tumpuan di siang hari, obesiti, depresi dan banyak lagi masalah kesihatan.Jadi pastikan anda tidur selama 6 jam setiap hari.

 

Beberapa cara untuk kekal cergas dan proaktif sepanjang hari yang saya kongsikan ini adalah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan ingin meningkatkan kualiti hidup. Mungkin dengan usaha yang sedikit anda dapat mengubah hidup menjadi lebih sihat, produktif dan berjaya dalam kerjaya anda.

 

5. Ambil Makanan Tambahan

Bagi anda yang bekerjaya mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pemakanan. Apa yang anda boleh ialah ambil makanan tambahan ataupun “supplement” yang sesuai, ini pasti dapat meningkatkan kesihatan kita ke tahap optimum.

 

Cara Untuk Kekal Cergas dan Proaktif Sepanjang Hari

 

Antara cara untuk kekal cergas dan proaktif sepanjang hari adalah dengan mengamalkan pengambil suplemen. ZINK dan ASID LEMAK OMEGA-3 amat diperlukan  supaya kekal peka dan bijaksana sepanjang hari. Suplemen ini mengandungi antioksidan penting yang berfungsi sebagai perangsang otak supaya anda kekal cergas sepanjang masa!

 

Menguatkan Memori dan Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran

Apabila anda menghafal atau belajar sesuatu yang baru, sel otak anda berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan merembeskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.

 

ZINK membantu penghantaran isyarat yang tepat dari satu sel ke sel lain dengan lancar. Kajian juga mendedahkan kekurangan zink dikaitkan dengan keupayaan pembelajaran dan memori yang lemah. OMEGA-3 memudahkan komunikasi diantara sel-sel otak, memastikan penghantaran isyarat berjalan lancar.

 

Mengekalkan Kesihatan Otak

Apabila umur meningkat, tahap zink dalam badan berkurangan. Akibatnya, prestasi otak anda menurun dan menimbulkan gejala seperti hilang ingatan, perubahan mood dan keupayaan pembelajaran yang rendah.

ZINK menyokong prestasi mental yang lebih baik dalam memori, fokus dan penguasaan bahasa.  OMEGA-3 mengurangkan risiko penurunan kognitif dan menggalakkan isyarat serta komunikasi saraf otak yang sihat untuk meningkatkan memori.

 

Menggalakkan Mood yang Baik dan Positif

Badan yang sihat menggalakkan mood yang lebih baik menjadikan anda lebih sihat!

 

ZINK memainkan peranan penting dalam memodulasi tindak balas otak dan badan terhadap tekanan dengan mengurangkan gejala seperti kemurungan, fikiran yang terganggu dan agresif, menjadikan anda lebih bahagia.

 

OMEGA-3 bertindak sebagai blok bangunan untuk otak yang lebih bahagia dengan meningkatkan mood4 dan memperbaiki kesejahteraan emosi secara menyeluruh.

 

Dapatkan bekalan zink dan omega-3 semulajadi terbaik pada harga 15% diskaun dari saya, Nafisah Pengedar sah Shaklee anda. Hubungi saya terus di 013-6935160 untuk tempahan dan konsultansi yang tepat.

 

COD Puncak Alam, Saujana Utama dan Meru Selangor. Pos ke seluruh Malaysia.

 

Saya guide anda sampai  yakin!

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Manfaat Luar Biasa Zink Buat Anda Terkejut

Zink Keperluan Lelaki Sejati

Kekurangan Zinc Menjejaskan Kualiti Lelaki Sebenar

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares