Set Produk,  Tips

Cara Tingkatkan Susu Ibu Yang Berkualiti Untuk Pertumbuhan dan Perkembangan Optimum Bayi

ibu menyusu

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan.

Bagi sesetengah wanita, menyusu tidak berlaku secara semula jadi kerana ia memerlukan masa dan penyesuaian untuk menyediakan sumber makanan terbaik untuk bayi. Di sini saya berikan sedikit petua bagaimana untuk mendapatkan susu ibu yang berkualiti agar bayi mendapat nutrisi yang optimum.

Minum banyak air
Susu ibu terdiri daripada 90 peratus air. Minum sekurangkurangnya 2 liter sehari bagi memastikan anda mempunyai cecair yang mencukupi untuk menghasilkan susu untuk bayi anda.

Makan jumlah protein yang mencukupi
Seorang ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak daripada wanita yang tidak menyusukan bayi. Pilih makanan yang selamat dan tinggi protein untuk menghasilkan dan mengekalkan bekalan susu anda.

Makanan tambahan dengan alfafa
Alfalfa bermanfaat untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia dianggap sebagai galaktagog, bahan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan merangsang tisu susu dan bekalan susu.

Lakukan urutan payudara
Urutan payudara akan membantu melancarkan saluran susu untuk pengaliran susu dengan lebih lancar. Kesannya, anda akan menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda!

Urus tekanan anda
Emosi anda memberi kesan kepada bekalan susu ibu. Oleh itu, duduk, berehat dan nikmati pengalaman penyusuan ini kerana ia membantu merembeskan hormon penenang secara semula jadi juga.

 

Cara Tingkatkan Susu Ibu Yang Berkualiti Untuk Pertumbuhan dan Perkembangan Optimum Bayi

Kajian telah menunjukkan bahawa diet seorang ibu menentukan kualiti dan nutrien dalam susu ibu. Para ibu dinasihatkan mengambil nutrien yang tepat untuk memberikan susu terbaik bagi pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi anda.

Set menyusu Shaklee membekalkan nutrient lengkap bagi penghasilan susu ibu berkualiti. Bagaimana set menyusu ini membantu ibu menyusu?

set menyusu shaklee

ESP– membekalkan protein untuk membina, membaiki dan mengekalkan rambut, kulit dan otot yang sihat serta menyokong keseluruhan proses pertumbuhan dan perkembangan bayi.

OsteMatrix– membekalkan kalsium bagi menambah simpanan kalsium ibu untuk mengelakkan tulang rapuh semasa penyusuan serta membina tulang dan gigi yang kuat bagi bayi.

Omega Guard– menyediakan OMEGA-3 bagi menyokong perkembangan otak dan mata bayi.

B-Complex– vitamin B menyokong penghasilan susu dan mengurangkan risiko meroyan serta menyokong kesihatan koordinasi di antara otak dan pergerakan bayi.

Vitalea– membekalkan multivitamin dan mineral lengkap yang diperkaya dengan zat besi bagi menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi serta menyokong perkembangan optimum otak bayi.

Sustained Release Vitamin C– bertindak sebagai antioksida dan menyokong penghasilan sel imun serta meningkatkan keupayaan sistem imun ibu dan bayi untuk melawan penyakit.

Alfafa Complex– menyokong penghasilan susu ibu secara semulajadi. Alfafa bertindak sebagai galaktagog, bahan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan merangsang tisu susu dan bekalan susu.

* Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

 

Berminat untuk memiliki set menyusu Shaklee? Hubungi saya, Nafisah Pengedar Shaklee sah di 013-6935160 untuk order dan konsultansi yang tepat.

Atau

Dapatkan sendiri melalui sistem Esell. Klik di bawah.

promo_vivix

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Pengalaman Bebas Kanser Serviks Dengan Vivix

Shakleebaby Set Penjagaan Kulit Bayi Selamat, Lembut dan Organik

Herbal Blend Multi-purpose Cream

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares