Produk Shaklee,  Tips

Cara Mengekalkan Tulang Kuat dan Sihat

Cara Mengekalkan Tulang Kuat dan Sihat

Kita perlu lebih daripada kalsium untuk tulang kuat dan sihat. Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.

 

Bagaimana Mengekalkan Tulang Kuat dan Sihat?

1. Mula Awal

Kerana penurunan ketumpatan tulang bermula pada usia 30 tahun, cara terbaik adalah bermula semasa anda masih muda.

2. Lakukan Senaman Menahan Beratan (Weight-bearing)

Senaman menahan beratan meningkatkan ketumpatan tulang anda kerana ia semakin kuat ketika diletakkan di bawah tekanan Cuba angkat berat, berjalan kaki, berlari, mendaki, menari dan bermain tenis.

3.Buat Pilihan Yang Sihat

Jalani gaya hidup dan kekalkan berat badan yang lebih sihat.

 

Apa yang tulang kuat dan sihat perlukan? 

 

Kalsium

Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita.
• Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat.
• Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup.
• Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.

 

Magnesium

Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong:

• Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium.
• Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat.

 

Vitamin D

Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu:
• Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan.
• Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.

 

Boron

Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.
• Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal.
• Menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif

 

Mangan, Kuprum dan Zink

Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk:
• Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang.
• Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

 

Ostematrix bukan sekadar suplimen kalsium malah lebih daripada kalsium kerana mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pembentukan tulang.

 

 

Berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee? Hubungi saya, Nafisah Pengedar Shaklee sah anda di 013-6935160 untuk harga jimat  dan konsultansi yang tepat berdasarkan masalah anda.

Saya guide anda sampai yakin!

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berkaitan:

Perbezaan Vitamin Shaklee Dengan Vitamin lain

ostematrix

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares