6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa
Set Produk,  Tips

6 Cara Mengatasi Ketidakselesaan Semasa Berpuasa

Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan seperti ketidakhadaman atau pedih ulu hati, sembelit, lesu, sakit kepala, dehidrasi dan pertambahan berat badan.

Di sini saya kongsikan 6 cara yang dapat membantu mengatasi ketidakselesaan semasa berpuasa supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan!

 

1. KETIDAKHADAMAN atau PEDIH ULU HATI

Walaupun penghasilan asid perut akan berkurang semasa berpuasa, pedih ulu hati dan kembung perut biasanya akan terjadi waktu ini. Apabila anda terfikir tentang makanan atau menghidu bau makanan, otak akan memberi isyarat kepada perut untuk meningkatkan penghasilan asid perut, menyebabkan pedih ulu hati dan kembung perut.

ketidakhadaman dan pedih ulu hati

 

Cara mengatasi  ketidakhadaman atau pedih ulu hati :

• Makan secara sederhana

• Mengelakkan makanan berminyak dan pedas

• Elakkan makanan yang tinggi kafein (kopi, teh, minuman soda, dan lain-lain)

• Ambil sumber makanan berasaskan soya. Soya dapat membantu meneutralkan asid dalam perut dan esofagus. Kandungan lemak dalam soya juga lebih rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan makanan seperti daging dan makanan tenusu, maka protein soya merupakan pilihan yang lebih selamat untuk sesiapa yang mengalami masalah gastrik.

 

2. SEMBELIT

Pengambilan terlalu banyak makanan yang diproses, kurang air dan kurang serat dalam pemakanan akan menyebabkan sembelit semasa puasa.

sembelit

 

Cara mengatasi sembelit:
• Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar

• Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buah- buahan dan sayur-sayuran

• Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-Lax, julap semula jadi.

 

3. LETIH/LESU
• Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi badan dengan minuman Performance®, Vitamin B dan CoEnzyme Q10

• Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti Protein Soya ESP

 

4. SAKIT KEPALA

Kurang tidur, kelaparan dan dehidrasi akan menyebabkan sakit kepala, dan keadaan ini akan menjadi lebih lagi apabila apabila waktu berbuka puasa semakin hampir.

Kandungan gula dalam darah akan menurun semasa berpuasa. Ini membuatkan anda akan berasa lemah, letih, kurang tenaga dan pening terutamanya pada waktu petang ketika Ramadhan.

sakit_kepala

 

Cara mengatasi sakit kepala:

• Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti. Ini supaya, anda berasa lebih segar ketika bangun sahur. Jangan tinggal waktu sahur!

• Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama

• Hidrat dan tingkatkan tenaga dengan Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit

 

5. DEHIDRASI

Berpuasa meningkatkan risiko dehidrasi terutamanya dengan cuaca yang panas dan kering di Malaysia. Ini akan menyebabkan badan menjadi lesu, pening dan loya.

dehidrasi

 

Cara mengatasi hidrasi badan:

• Berada di persekitaran yang sejuk

• Elakkan makanan masin contohnya ikan masin, jeruk dan mananan ringan yang masin. Garam akan meningkatkan lagi keadaan dehidrasi badan

• Minum Performance®, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas

 

6. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI

Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

pertambahan berat badan

 

Cara mengatasi pertambahan berat badan:

• Makan secara sederhana

• Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.

• Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting

• Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.

 

SARANAN MENGATASI KETIDAKSELESAAN BERPUASA

 

ESP Mix Soy Protein Isolate Powder

Adalah dicadangkan anda supaya mengambil kepada mereka yang mengalami masalah gastrik. Memberikan tenaga berterusan, berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein. Lengkap dengan 9 asid amino perlu.*

esp energizing soy protein

Performance® Menyegarkan dan Menghilangkan Dahaga

Tingkatkan prestasi ibadah untuk merebut keistimewaan ramadhan. Serlahkan prestasi terbaik anda yang kekalkan momentum.

Dengan proprietari OPTI-LYTE™ campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.

performance-drink-shaklee

 

Meal Shakes

Minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein.

Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.*

mealshake_shaklee

 

Herb-Lax™ Untuk Pelawasan

Campuran proprietari Herb-Lax™ termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi.

Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.

Rawat sembelit dengan Herb-lax

 

Peppermint-Ginger Lega dan Tenang ketika berpuasa.

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.*

peppermint ginger plus

 

Lecithin Lemak Sihat Yang Anda Perlukan Lesitin dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekulmolekul kecil untuk penghadaman.

Lesitin juga ditukar menjadi asetilkolina di dalam tubuh anda, yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.*

lecithin Shaklee
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

Masalah ketidakselesaan semasa berpuasa mengganggu ibadah dan rutin harian anda? Hubungi saya, atau whatsapp Nafisah Pengedar Shaklee sah di 013-6935160 untuk order, promosi dan konsultansi yang berkesan.

 

 

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut:

Tak Sembelit Lagi Sejak Kenal Shaklee

5 Mitos Sembelit dan Pembuangan Air Besar

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares